Terdapat perawi munkar pada sanadnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
علِّموا ويَسِّروا ولا تُعسِّروا.
Teks Bahasa Melayu
Ajarkanlah (ilmu), permudahkanlah dan jangan menyusahkan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat perawi munkar pada sanadnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«علمُوا وَلَا تعنفوا» فِيهِ حميد مُنكر الحَدِيث لَكِن من شواهده «علمُوا ويسروا وَلَا تُعَسِّرُوا».
“Ajarkanlah (ilmu) dan jangan bersikap keras.” Dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang bernama Humaid. Beliau ialah seorang perawi yang munkar. Akan tetapi riwayat hadis beliau mempunyai syawahid iaitu: “Ajarkanlah (ilmu), permudahkanlah dan jangan menyusahkan.”
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman