Ajarkanlah anak-anak kalian berenang dan memanah

TEKS BAHASA ARAB

علموا بنيكم السباحة والرمي ولنعم لهو المؤمنة مغزلها وإذا دعاك أبوك وأمك فأجب أمك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ajarkanlah anak-anak kalian berenang dan memanah. Sebaik-baik hiburan bagi wanita beriman adalah alat tenunnya. Apabila ayah dan ibu memanggil engkau maka sahutlah panggilan ibu.

STATUS

Terdapat riwayat sokongan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 130. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«عَلِّمُوا بَنِيكُمُ السِّبَاحَةَ وَالرَّمْيَ وَلَنِعْمَ لَهْوُ الْمُؤْمِنَةِ مَغْزِلُهَا وَإِذَا دَعَاكَ أَبُوكَ وَأُمُّكَ فَأَجِبْ أُمُّكَ» ضَعِيفٌ سَنَده لَكِن لَهُ شَوَاهِد.

Maksudnya: “Ajarkanlah anak-anak kalian berenang dan memanah. Sebaik-baik hiburan bagi wanita beriman adalah alat tenunnya. Apabila ayah dan ibu memanggil engkau maka sahutlah panggilan ibu.” Sanadnya adalah sanad yang dhaif akan tetapi ia mempunyai syawahid (riwayat sokongan).

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs