TEKS BAHASA ARAB
يا أبا هريرة! علم الناس القرآن، وتعلمه، فإنك إن مت و أنت كذلك؛ زارت الملائكة قبرك كما يزار البيت العتيق، وعلم الناس سنتي، وإن كرهوا ذلك، وإن أحببت أن لا توقف على الصراط طرفة عين حتى تدخل الجنة؛ فلا تحدث في دين الله حديثا برأيك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai Abu Hurairah! Ajarkanlah al-Qur’an kepada orang ramai dan pelajarilah ia, kerana sesungguhnya jika kamu mati dalam keadaan kamu melakukannya; para malaikat akan menziarahi kuburmu sebagaimana al-Bait al-‘Atiq diziarahi. Juga ajarkanlah sunnahku kepada orang ramai sekalipun mereka tidak menyukainya, dan jika kamu tidak mahu berhenti atas titian sirat sekelip mata hingga kamu masuk syurga, maka janganlah kamu berbicara dalam urusan agama berdasarkan akalmu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1406, hadis nombor 7132. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: يا أبا هريرة! علم الناس القرآن، وتعلمه، فإنك إن مت و أنت كذلك؛ زارت الملائكة قبرك كما يزار البيت العتيق، وعلم الناس سنتي، وإن كرهوا ذلك، وإن أحببت أن لا توقف على الصراط طرفة عين حتى تدخل الجنة؛ فلا تحدث في دين الله حديثا برأيك.
[خط، ابن المسلمة في ((مجلس من الأمالي))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (265)]
(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai Abu Hurairah! Ajarkanlah al-Qur’an kepada orang ramai dan pelajarilah ia, kerana sesungguhnya jika kamu mati dalam keadaan kamu melakukannya; para malaikat akan menziarahi kuburmu sebagaimana al-Bait al-‘Atiq diziarahi. Juga ajarkanlah sunnahku kepada orang ramai sekalipun mereka tidak menyukainya, dan jika kamu tidak mahu berhenti atas titian sirat sekelip mata hingga kamu masuk syurga, maka janganlah kamu berbicara dalam urusan agama berdasarkan akalmu.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-Maslamah dalam Majlis Min al-Amali dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 265]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.