Ajarkan wanita-wanitamu surah al-Waqi’ah kerana ia surah yang mengkayakan

TEKS BAHASA ARAB

علموا نساءكم سورة (الواقعة) , فإنها سورة الغنى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ajarkanlah wanita-wanitamu surah al-Waqi’ah kerana ia surah yang mengkayakan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1531, hadis nombor 7780. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((علموا نساءكم سورة (الواقعة) , فإنها سورة الغنى)). [فر، ((الضعيفة)) (5668)].

(Lemah)
Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkan wanita-wanitamu surah al-Waqi’ah kerana ia surah yang mengkayakan.”
[Riwayat al-Dailami di dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5668)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs