Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
علموا نساءَكم سورةَ (الوَاقِعَةِ) ؛ فإنَّها سورةُ الغنى.
Teks Bahasa Melayu
Ajarkanlah wanita-wanitamu surah al-Waqi’ah kerana ia surah yang mengkayakan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1531, hadis no. 7780. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((علموا نساءكم سورة (الواقعة) , فإنها سورة الغنى)). [فر، ((الضعيفة)) (5668)].
(Lemah) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkan wanita-wanitamu surah al-Waqi’ah kerana ia surah yang mengkayakan.” [Riwayat al-Dailami di dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5668)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman