Ajarkan kepada orang-orang nazak daripada kalangan kamu: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Menyantun dan Maha Mulia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لقنوا موتاكم: لا إله إلا الله الحليم الكريم، سبحان الله رب العرش العظيم، الحمد لله رب العالمين. قالوا: يا رسول الله! كيف للأحياء؟ قال: أجود وأجود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ajarkan kepada orang-orang nazak daripada kalangan kamu: "Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Menyantun dan Maha Mulia, Maha suci Allah Tuhan kepada Arasy yang agung, segala puji bagi Tuhan sekalian alam." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah! Bagaimana pula untuk yang masih hidup?" Baginda menjawab: ((Maka ia adalah lebih baik dan lebih baik))

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1744, hadis nombor 8789. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن إسحاق بن عبد الله بن جعفر عن أبيه مرفوعا: ((لقنوا موتاكم: لا إله إلا الله الحليم الكريم، سبحان الله رب العرش العظيم، الحمد لله رب العالمين. قالوا: يا رسول الله! كيف للأحياء؟ قال: أجود وأجود.)) [هـ، ((الضعيفة)) (4317)]

(Lemah)
Daripada Ishaq bin Abdullah bin Ja’far daripada ayahnya, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Ajarkan kepada orang-orang nazak daripada kalangan kamu: "Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Menyantun dan Maha Mulia, Maha suci Allah Tuhan kepada Arasy yang agung, segala puji bagi Tuhan sekalian alam." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah! Bagaimana pula untuk yang masih hidup?" Baginda menjawab: ((Maka ia adalah lebih baik dan lebih baik)).
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4317].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.