Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
علموا بنيكم الرمي فإنه نكاية للعدو.
Teks Bahasa Melayu
Ajarkan anak-anak lelaki kalian memanah kerana sesungguhnya ia boleh mengalahkan musuh.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 995-996, hadis no. 5133. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر رضي الله عنه مرفوعا: علموا بنيكم الرمي فإنه نكاية للعدو. [فر، الضعيفة (3878)].
(Palsu) Daripada Jabir RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ajarkan anak-anak lelaki kalian memanah kerana sesungguhnya ia boleh mengalahkan musuh. [Riwayat al-Firdausi oleh al-Dailami. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 3878]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman