Ajarkan anak-anak lelaki kalian berenang dan memanah

TEKS BAHASA ARAB

علموا أبناءكم السباحة والرمي والمرأة المغزل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ajarkan anak-anak lelaki kalian berenang dan memanah serta ajarkan perempuan untuk menggunakan alat pintal (benang atau tali)

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 995, hadis nombor 5132. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: علموا أبناءكم السباحة والرمي والمرأة المغزل. [هب، الضياء في المنتقى من مسموعاته بمرو، الضعيفة (3877)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar RA meriwayat secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ajarkan anak-anak lelaki kalian berenang dan memanah serta ajarkan perempuan untuk menggunakan alat pintal (benang atau tali) [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Dhi’a dalam al-Muntaqa min Masmu'at Marwi. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3877]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs