Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
علموا أبناءكم السباحة والرمي والمرأة المغزل.
Teks Bahasa Melayu
Ajarkan anak-anak lelaki kalian berenang dan memanah serta ajarkan perempuan untuk menggunakan alat pintal (benang atau tali)
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 995, hadis no. 5132. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: علموا أبناءكم السباحة والرمي والمرأة المغزل. [هب، الضياء في المنتقى من مسموعاته بمرو، الضعيفة (3877)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar RA meriwayat secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ajarkan anak-anak lelaki kalian berenang dan memanah serta ajarkan perempuan untuk menggunakan alat pintal (benang atau tali) [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Dhi’a dalam al-Muntaqa min Masmu'at Marwi. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3877]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman