Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَلِّمُوا أبناءَكم السِبَاحَةَ والرَّميَ، والمَرأةَ المِغْزَلَ.
Teks Bahasa Melayu
Ajarilah anak-anak lelaki kamu berenang dan memanah, dan bagi perempuan alat menjahit.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1624, hadis no. 8204. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((علموا أبناءكم السباحة والرمي، والمرأة المغزل)). [هب، الضياء في ((المنتقى من مسوعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (3877)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Ajarilah anak-anak lelaki kamu berenang dan memanah, dan bagi perempuan alat menjahit.)) [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Dhiya dalam al-Muntaqa. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3877].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman