Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فتحوا على صبيانِكم أولَ كلمةٍ ب: (لا إلهَ إلَّا اللهُ)، ولِقِّنُوهم عند الموتِ: (لا إلهَ إلَّا اللهُ)، فإنَّهُ من كان أولُ كلامِه: (لا إلهَ إلَّا اللهُ)، وآخرُ كلامِه: (لا إلهَ إلَّا اللهُ) ثم عاش ألفَ سنةٍ؛ ما سُئِلَ عن ذنبٍ واحدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Ajarilah anak-anak kalian kalimah pertama iaitu La ilaha illallah serta ajarkanlah mereka ketika di ambang kematian akan kalimah La ilaha illallah. Sesungguhnya barang siapa yang awal kalimahnya La ilaha illallah dan akhir kalimahnya ialah La ilaha illallah kemudian dia telah pun hidup selama 1000 tahun, nescaya dia tidak akan ditanya walaupun satu dosa sekalipun.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 959, hadis no. 4951. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – عن النبي ﷺ قال: فتحوا على صبيانكم أول كلمة بـ "لا إله إلا الله" ولقّنوهم عند الموت "لا إله إلا الله". فإنه من كان أول كلامه "لا إله إلا الله" وآخر كلامه "لا إله إلا الله" ثم عاش ألف سنة، ما سئل عن ذنب واحد. [هب، الضعيفة (6146)].
(Batil) Daripada Ibn ‘Abbas RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ajarilah anak-anak kalian kalimah pertama iaitu La ilaha illallah serta ajarkanlah mereka ketika di ambang kematian akan kalimah La ilaha illallah. Sesungguhnya barang siapa yang awal kalimahnya La ilaha illallah dan akhir kalimahnya ialah La ilaha illallah kemudian dia telah pun hidup selama 1000 tahun, nescaya dia tidak akan ditanya walaupun satu dosa sekalipun. [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6146].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman