Ajarilah anak-anak kalian berenang dan memanah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

علموا أبناءكم السباحة والرماية، ونعم لهو المؤمنة مغزلها، وإذا دعاك أبواك فأجب أمك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ajarilah anak-anak kalian berenang dan memanah. Seindah-indah permainan bagi seorang wanita yang beriman adalah alat menjahitnya. Dan apabila kedua ibubapa kamu memanggilmu maka jawablah panggilan ibumu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1624, hadis nombor 8203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن بكر بن عبد الله بن ربيع الأنصاري -رضي الله عنه-، مرفوعاً: (علموا أبناءكم السباحة والرماية، ونعم لهو المؤمنة مغزلها، وإذا دعاك أبواك فأجب أمك). [فر، ((الضعيفة))(3876)].

(Lemah) Daripada Abu Bakr Bin Abdullah Bin Rabi’ al-Ansari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Ajarilah anak-anak kalian berenang dan memanah. Seindah-indah permainan bagi seorang wanita yang beriman adalah alat menjahitnya. Dan apabila kedua ibubapa kamu memanggilmu maka jawablah panggilan ibumu.” [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3876)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.