Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
علِّموا أبناءَكمْ السباحةَ والرِّمايةَ، ونعْمَ لهوُ المؤمنةِ مغزَلُها، وإذا دعاكَ أبواكَ فأجبْ أمَّكَ.
Teks Bahasa Melayu
Ajarilah anak-anak kalian berenang dan memanah. Seindah-indah permainan bagi seorang wanita yang beriman adalah alat menjahitnya. Dan apabila kedua ibubapa kamu memanggilmu maka jawablah panggilan ibumu.
Sahabat Perawi
- Abu Bakr Bin Abdullah Bin Rabi’ al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1624, hadis no. 8203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بكر بن عبد الله بن ربيع الأنصاري -رضي الله عنه-، مرفوعاً: (علموا أبناءكم السباحة والرماية، ونعم لهو المؤمنة مغزلها، وإذا دعاك أبواك فأجب أمك). [فر، ((الضعيفة))(3876)].
(Lemah) Daripada Abu Bakr Bin Abdullah Bin Rabi’ al-Ansari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Ajarilah anak-anak kalian berenang dan memanah. Seindah-indah permainan bagi seorang wanita yang beriman adalah alat menjahitnya. Dan apabila kedua ibubapa kamu memanggilmu maka jawablah panggilan ibumu.” [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3876)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman