TEKS BAHASA ARAB
تقطع الآجال من شعبان إلى شعبان حتى إن الرجل لينكح ويولد له وقد خرج اسمه في الموتى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ajal kematian itu diputuskan dari bulan Syaaban ke bulan Syaaban yang berikutnya sehinggakan seorang lelaki yang berkahwin dan mendapat anak, sedangkan namanya keluar dalam senarai orang yang mati.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 971, hadis nombor 5009. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن عثمان بن محمد، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((تقطع الآجال من شعبان إلى شعبان حتى إن الرجل لينكح ويولد له وقد خرج اسمه في الموتى)).
[هب، ابن جرير، ((الضعيفة)) (6607)].
(Munkar)
Daripada Uthman bin Muhammad berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Ajal kematian itu diputuskan dari bulan Syaaban ke bulan Syaaban yang berikutnya sehinggakan seorang lelaki yang berkahwin dan mendapat anak, sedangkan namanya keluar dalam senarai orang yang mati”.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, dan Ibn Jarir dalam Tafsir beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6607].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.