TEKS BAHASA ARAB
تقطع الآجال من شعبان إلى شعبان، حتى إن الرجل لينكح ويولد له وقد خرج اسمه في الموتى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ajal itu diputuskan daripada bulan Syaaban ke bulan Syaaban (seterusnya). Sampaikan sungguh seorang lelaki itu bernikah dan dikurniakan anak untuknya, sedangkan namanya telah pun keluar dalam kalangan jenazah.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 573, hadis nombor 2961. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عثمان بن محمد، قال: قال رسول الله ﷺ: «تقطع الآجال من شعبان إلى شعبان، حتى إن الرجل لينكح ويولد له وقد خرج اسمه في الموتى». [ابن جرير، هب، «الضعيفة» (6607)].
(Munkar) Daripada Uthman bin Muhammad, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Ajal itu diputuskan daripada bulan Syaaban ke bulan Syaaban (seterusnya). Sampaikan sungguh seorang lelaki itu bernikah dan dikurniakan anak untuknya, sedangkan namanya telah pun keluar dalam kalangan jenazah". [Riwayat Ibn Jarir al-Tabari dalam Tafsirnya dan al-bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6607].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.