Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Ajal itu diputuskan daripada bulan Syaaban ke bulan Syaaban

Teks Bahasa Arab

تُقطعُ الآجالُ من شعبانَ إلى شعبانَ، حتى إنَّ الرجلَ لَيَنْكِحُ ويولدُ لهُ وقد خرجَ اسمُه في المَوْتَى.

Teks Bahasa Melayu

Ajal itu diputuskan daripada bulan Syaaban ke bulan Syaaban (seterusnya). Sampaikan sungguh seorang lelaki itu bernikah dan dikurniakan anak untuknya, sedangkan namanya telah pun keluar dalam kalangan jenazah.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 573, hadis no. 2961.

(منكر) عن عثمان بن محمد، قال: قال رسول الله ﷺ: «تقطع ‌الآجال من شعبان إلى شعبان، حتى إن الرجل لينكح ويولد له وقد خرج اسمه في الموتى». [ابن جرير، هب، «الضعيفة» (6607)].

(Munkar) Daripada Uthman bin Muhammad, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Ajal itu diputuskan daripada bulan Syaaban ke bulan Syaaban (seterusnya). Sampaikan sungguh seorang lelaki itu bernikah dan dikurniakan anak untuknya, sedangkan namanya telah pun keluar dalam kalangan jenazah". [Riwayat Ibn Jarir al-Tabari dalam Tafsirnya dan al-bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6607].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.