TEKS BAHASA ARAB
آجالُ البهائمِ كلِّها – من القَمْلِ، والبراغيثِ، والجَرَادِ، والخيلِ، والبِغالِ، والدوابِّ كلِّها، والبقرِ، وغيرِ ذلك؛ آجالُها في – التسبيحِ، فإذا انقضى تسبيحُها؛ قبضَ اللهُ أرواحَها، وليس إلى مَلَكِ الموتِ مِنْ ذلك شيءٌ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ajal binatang semuanya daripada kutu, pepijat, belalang, kuda, baghal, binatang yang melata semuanya dan lembu serta selain daripada itu, ajalnya pada tasbih. Apabila berhenti tasbihnya maka Allah akan mencabut rohnya dan tidak ada lagi yang boleh dilakukan oleh malaikat maut.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1761, hadis nombor 8867. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((آجالُ البهائمِ كلِّها – من القَمْلِ، والبراغيثِ، والجَرَادِ، والخيلِ، والبِغالِ، والدوابِّ كلِّها، والبقرِ، وغيرِ ذلك؛ آجالُها في – التسبيحِ، فإذا انقضى تسبيحُها؛ قبضَ اللهُ أرواحَها، وليس إلى مَلَكِ الموتِ مِنْ ذلك شيءٌ.)) [عق، ابن الجوزي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6114)].
(Palsu)
Daripada Anas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Ajal binatang semuanya termasuklah kutu, pepijat, belalang, kuda, baghal, binatang yang melata semuanya dan lembu serta selain daripada itu, ajalnya terletak pada tasbih. Apabila berhenti tasbihnya maka Allah akan mencabut rohnya dan tidak ada lagi yang boleh dilakukan oleh malaikat maut.))
[Riwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa, Ibn al-Jawzi dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6114].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.