Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Ajal bagi binatang-binatang kesemuanya

Teks Bahasa Arab

آجالُ البهائمِ كلِّها - من القَمْلِ، والبراغيثِ، والجَرَادِ، والخيلِ، والبِغالِ، والدوابِّ كلِّها، والبقرِ، وغيرِ ذلك؛ آجالُها في - التسبيحِ، فإذا انقضى تسبيحُها؛ قبضَ اللهُ أرواحَها، وليس إلى مَلَكِ الموتِ مِنْ ذلك شيءٌ.

Teks Bahasa Melayu

Ajal bagi binatang-binatang kesemuanya – kutu kepala, kutu penghisap darah, belalang, kuda, baghal, binatang-binatang yang melata kesemuanya, lembu dan selainnya, ajal mereka – ada pada tasbih. Apabila habis tasbih mereka, Allah akan menarik ruh mereka. Tidak ada suatupun daripada yang demikian tadi (diserahkan) kepada malaikat maut.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 424, hadis no. 2286. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «آجال البهائم كلها - من القمل، والبراغيث، والجراد، والخيل، والبغال، والدواب كلها، والبقر، وغير ذلك؛ آجالها في - التسبيح، فإذا انقضى تسبيحها؛ قبض الله أرواحها، وليس إلى ملك الموت من ذلك شيء». [عق، ابن الجوزي، ابن عساكر، «الضعيفة» (6114)].

(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Ajal bagi binatang-binatang kesemuanya – kutu kepala, kutu penghisap darah, belalang, kuda, baghal, binatang-binatang yang melata kesemuanya, lembu dan selainnya, ajal mereka – ada pada tasbih. Apabila habis tasbih mereka, Allah akan menarik ruh mereka. Tidak ada suatupun daripada yang demikian tadi (diserahkan) kepada malaikat maut". [Riwayat al-'Uqayli dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn al-Jawzi dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6114].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.