Aisyah bertengkar dengan Nabi SAW di hadapan Abu Bakar

TEKS BAHASA ARAB

أنها خاصمت النبي صلى الله عليه وسلم إلى أبي بكر فقالت: يا رسول الله اقصد فلطم أبو بكر خدها وقال: تقولين لرسول الله صلى الله عليه وسلم: اقصد؟ وجعل الدم يسيل من أنفها على ثيابها ورسول الله صلى الله عليه وسلم يغسل الدم من ثيابها بيده ويقول: إنا لم نرد هذا إنا لم نرد هذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aisyah bertengkar dengan Nabi SAW di hadapan Abu Bakr. ‘Aishah berkata: Wahai Rasulullah, berlaku adillah! Lantas Abu Bakar menamparnya, lalu berkata, Kamu suruh Rasulullah berlaku adil? Darah meleleh dari hidung ‘Aishah sehingga terkena pakaiannya. Rasulullah SAW pun membersihkan darah tersebut dengan tangannya, sambil bersabda: Sesungguhnya kita tidak mahu perkara ini, kita tidak mahu perkara ini.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1057, hadis nombor 5406. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها أنها خاصمت النبي صلى الله عليه وسلم إلى أبي بكر فقالت: يا رسول الله اقصد فلطم أبو بكر خدها وقال: تقولين لرسول الله صلى الله عليه وسلم: اقصد؟ وجعل الدم يسيل من أنفها على ثيابها ورسول الله صلى الله عليه وسلم يغسل الدم من ثيابها بيده ويقول: إنا لم نرد هذا إنا لم نرد هذا. [فر، الضعيفة (4966)]

[Lemah] Daripada ‘Aishah RA, beliau menceritakan bahawa beliau bertengkar dengan Nabi SAW di hadapan Abu Bakar. ‘Aishah berkata: Wahai Rasulullah, berlaku adillah! Lantas Abu Bakar menamparnya, lalu berkata: Kamu suruh Rasulullah berlaku adil? Darah meleleh dari hidung ‘Aishah sehingga terkena pakaiannya. Rasulullah SAW pun membersihkan darah tersebut dengan tangannya, seraya bersabda: Sesungguhnya kita tidak mahu perkara ini, kita tidak mahu perkara ini. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4966]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs