Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنَّهَا خَاصَمَتْ النَّبِيَّ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - إِلَى أَبِي بَكْرٍ؛ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ! اقْصِدْ! فَلَطَمَ أَبُو بَكْرٍ خَدَّهَا؛ وَقَالَ: تَقُولِينَ لِرَسُولِ اللهِ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: اقْصِدْ؟! وَجَعَلَ الدَّمَّ يَسِيلُ مِن أَنْفِهَا عَلَى ثِيَابِهَا، وَرَسُولُ اللهِ - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - يَغْسِلُ الدَّمَّ مِنْ ثِيَابِهَا بِيَدِهِ؛ وَيَقُولُ: إِنَّا لَمْ نُرِدْ هَذَا، إِنَّا لَمْ نُرِدْ هَذَا.
Teks Bahasa Melayu
Aisyah bertengkar dengan Nabi SAW di hadapan Abu Bakr. ‘Aishah berkata: Wahai Rasulullah, berlaku adillah! Lantas Abu Bakar menamparnya, lalu berkata, Kamu suruh Rasulullah berlaku adil? Darah meleleh dari hidung ‘Aishah sehingga terkena pakaiannya. Rasulullah SAW pun membersihkan darah tersebut dengan tangannya, sambil bersabda: Sesungguhnya kita tidak mahu perkara ini, kita tidak mahu perkara ini.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1057, hadis no. 5406. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها أنها خاصمت النبي صلى الله عليه وسلم إلى أبي بكر فقالت: يا رسول الله اقصد فلطم أبو بكر خدها وقال: تقولين لرسول الله صلى الله عليه وسلم: اقصد؟ وجعل الدم يسيل من أنفها على ثيابها ورسول الله صلى الله عليه وسلم يغسل الدم من ثيابها بيده ويقول: إنا لم نرد هذا إنا لم نرد هذا. [فر، الضعيفة (4966)]
[Lemah] Daripada ‘Aishah RA, beliau menceritakan bahawa beliau bertengkar dengan Nabi SAW di hadapan Abu Bakar. ‘Aishah berkata: Wahai Rasulullah, berlaku adillah! Lantas Abu Bakar menamparnya, lalu berkata: Kamu suruh Rasulullah berlaku adil? Darah meleleh dari hidung ‘Aishah sehingga terkena pakaiannya. Rasulullah SAW pun membersihkan darah tersebut dengan tangannya, seraya bersabda: Sesungguhnya kita tidak mahu perkara ini, kita tidak mahu perkara ini. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4966]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman