Aisyah berkata kepada Nabi SAW : Bagaimanakah perasaan cintamu kepada aku?

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن عائشة كانت تقول للنبي صلى الله عليه وآله وسلم كيف حبك لي؟ فيقول: كعقد الحبل، قالت: فكنت أقول: كيف العقدة؟، فيقول: على حالها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bahawa ‘Aisyah berkata kepada Nabi SAW bagaimanakah perasaan cintamu kepadaku? Nabi bersabda: Seperti simpulan tali. ‘Aisyah berkata: Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan simpulan itu sekarang?. Baginda menjawab: sama seperti dalam keadaan sebelumnya (tidak terurai).

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 399, hadis nombor 140. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: هو حديث باطل.

Dia berkata dalam al-Zail: Ia adalah hadith batil.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.