Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أنَّ عَائِشَةَ كَانَتْ تَقُولُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ حُبُّكَ لِي؟ فَيَقُولُ: كَعَقْدِ الْحَبْلِ، قَالَتْ: فَكُنْتُ أَقُولُ: كَيْفَ الْعُقْدَةُ؟، فَيَقُولُ: عَلَى حَالِهَا.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Bahawa 'Aisyah berkata kepada Nabi SAW bagaimanakah perasaan cintamu kepadaku? Nabi bersabda: Seperti simpulan tali. 'Aisyah berkata: Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan simpulan itu sekarang?. Baginda menjawab: sama seperti dalam keadaan sebelumnya (tidak terurai).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 399, hadis no. 140. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال في الذيل: هو حديث باطل.
Dia berkata dalam al-Zail: Ia adalah hadith batil.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman