Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَسْقَطَتْ عَائِشَةُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِقْطًا، فَسَمَّاهُ عَبْدَ اللَّهِ، فَكَنَاهَا أُمَّ عَبْدِ اللَّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Aishah telah mengalami keguguran kandungan daripada Rasulullah SAW, lalu Baginda menamakannya (kandungan tersebut) Abdullah, lalu Baginda memberi kuniyah kepadanya (A'ishah) Ummu Abdillah.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1742, hadis no. 8772. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن عائشة قالت: أسقطت من رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: سقطاً، فسماه عبد الله، فكناها أم عبد الله. [الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (4137)]
(Batil) Daripada A'ishah RA beliau berkata: ((Telah mengalami keguguran kandungan daripada Rasulullah SAW, lalu Baginda menamakannya (kandungan tersebut) Abdullah, lalu Baginda memberi kuniyah kepadanya (A'ishah) Ummu Abdillah)). [Riwayat al-Khatib dalam al-Muwaddih. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4137].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman