‘Aishah RA dia telah bertanya Rasulullah SAW tentang tempat mandi terbuka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من امرأة تنزع خمارها في غير بيت زوجها إلا كشفت الستر فيما بينها وبين ربها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada seorang wanita yang menanggalkan tudung selain di rumah suaminya kecuali dia telah mendedahkan pelindung di antaranya dan Tuhannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 963, hadis nombor 4968. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عائشة – رضي الله عنها – أنها سألت رسول الله ﷺعن الحمام، فقال: إنه سيكون بعدي حمامات، لا خير في الحمامات للنساء. فقالت: يا رسول الله! فإنها تدخله بإزار؟ فقال: لا، وإن دخلته بإزار ودرع وخمار، وما من امرأة تنزع خمارها في غير بيت زوجها إلا كشفت الستر بينها وبين ربها.
[طس، ((الضعيفة)) (6216)].

(Munkar)
Daripada ‘Aishah RA bahawa dia telah bertanya Rasulullah SAW tentang tempat mandi terbuka. Lalu baginda SAW bersabda: Sesungguhnya akan datang waktu selepasku kewujudan tempat-tempat mandi terbuka. Tiada kebaikan pada tempat-tempat mandi terbuka buat para wanita. ‘Aishah bertanya: Wahai Rasulullah, sekalipun dia memasukinya dengan memakai seluar? Baginda SAW bersabda: Sekalipun dia memasukinya dengan memakai seluar, baju dan tudungnya. Tiada seorang wanita yang menanggalkan tudung selain di rumah suaminya kecuali dia telah mendedahkan pelindung di antaranya dan Tuhannya.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6216].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.