‘Aishah pernah ditanya perihal tilam Rasulullah di rumahnya

TEKS BAHASA ARAB

سئلت عائشة: ما كان فراش رسول الله صلى الله عليه وسلم في بيتك؟ قالت: من أدم حشوه من ليف، وسئلت حفصة: ما كان فراش رسول الله صلى الله عليه وسلم في بيتك؟ قالت: مِسْحًا ثنيته فينام عليه فلما كان ذات ليلة قلت: لو ثنيته أربع ثنيات لكان أوطأ له فثنيته له بأربع ثنيات، فلما أصبح قال: ما فرشتموا لي الليلة؟ قلت: قلنا: هو فراشك إلا أنا ثنيناه بأربع ثنيات قلنا: هو أوطأ لك. قال: ردوه لحالته الأولى فإنه منعتنى وطأته صلاتي الليلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

‘Aishah pernah ditanya perihal tilam Rasulullah di rumahnya, beliau menjawab: Ia dibuat daripada kulit yang diisi dengan jerami. Hafsah juga ditanya berkenaan tilam Baginda di rumahnya, jawabnya: Selimut yang saya lipat kepada dua lipatan. Suatu malam, saya bermonolog, Jika dilipat kepada empat lipatan, sudah tentu Baginda lebih selesa. Maka saya pun lipat kepada empat lipatan. Apabila pagi, Baginda bertanya: Apakah yang kamu alaskan saya malam tadi? Saya jawab, Alas yang sama, cuma saya lipat empat lipatan, sebab kami rasa ia lebih selesa buat anda. Baginda menjawab: Kembalikan kepada keadaan yang sebelum ini, kerana keselesaannya menghalang saya daripada mendirikan sembahyang malam.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1054, hadis nombor 5391. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جعفر بن محمد عن أبيه قال: سئلت عائشة: ما كان فراش رسول الله صلى الله عليه وسلم في بيتك؟ قالت: من أدم حشوه من ليف، وسئلت حفصة: ما كان فراش رسول الله صلى الله عليه وسلم في بيتك؟ قالت: مِسْحًا ثنيته فينام عليه، فلما كان ذات ليلة قلت: لو ثنيته أربع ثنيات لكان أوطأ له فثنيته له بأربع ثنيات فلما أصبح قال: ما فرشتموا لي الليلة؟ قلت: قلنا: هو فراشك إلا أنا ثنيناه بأربع ثنيات قلنا: هو أوطأ لك. قال: ردوه لحالته الأولى فإنه منعتنى وطأته صلاتي الليلة. [ت في الشمائل، الضعيفة (4223)]

[Sangat Lemah] Daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada bapanya, beliau menceritakan bahawa ‘Aishah pernah ditanya perihal tilam Rasulullah di rumahnya, beliau menjawab: Ia dibuat daripada kulit yang diisi dengan jerami. Hafsah juga ditanya berkenaan tilam Baginda di rumahnya, jawabnya: Selimut yang saya lipat kepada dua lipatan. Suatu malam, saya bermonolog, Jika dilipat kepada empat lipatan, sudah tentu Baginda lebih selesa. Maka saya pun lipat kepada empat lipatan. Apabila pagi, Baginda bertanya: Apakah yang kamu alaskan saya malam tadi? Saya jawab, Alas yang sama, cuma saya lipat empat lipatan, sebab kami rasa ia lebih selesa buat anda. Baginda menjawab: Kembalikan kepada keadaan yang sebelum ini, kerana keselesaannya menghalang saya daripada mendirikan sembahyang malam. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Shama’il. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4223]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.