Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Air zamzam adalah penyembuh

Teks Bahasa Arab

زَمْزَم شِفَاء.

Teks Bahasa Melayu

Air zamzam adalah penyembuh.

Sahabat Perawi

  1. Mu'awiyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 44, hadis no. 166. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أخرجه الفاكهاني وحسنه ابن حجر عن معاوية موقوفا قال زمزم شفاء وهي لما شربت له.

Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Fakihani. Ibn Hajar telah menilainya sebagai hasan daripada Mu'awiyah secara mawquf, katanya: "Air zamzam adalah penyembuh, ia (menjadi penawar) untuk sesuatu tujuan ia diminum".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.