Air zam-zam tergantung berdasarkan niat orang meminumnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: ماء زمزم لما شرب له


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Air zam-zam tergantung berdasarkan niat orang meminumnya.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 112, hadis nombor 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن ماجه عن جابر بسند ضعيف.
قال السيوطي: لكن له شاهد عن ابن عباس مرفوعا وموقوفا وعن معاوية موقوفا وضعفه النووي وصححه الدمياطي والمنذري.
وقد روى من حديث صفية وابن عمر وحكى في المختصر عن الحاكم أنه صححه.
وقد ثبت في الصحيح من حديث أبي ذر: أنه طعام طعم وشفاء سقم

Ibn Majah meriwayatkan daripada Jabir dengan sanad yang lemah.
Al-Suyuthi berkata: bagi hadith ini riwayat sokongan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan Mauquf (terhenti hadith kepada sahabat) dan daripada Muawiyah secara mauquf.
Al-Nawawi menilai sebagai Dhaif, tetapi al-Dimyati dan al-Munziri menilainya sebagai sahih.
Telah diriwayatkan juga daripada Safiyyah dan Ibn Umar, disebutkan di dalam kitab al-Mukhtasar bahawa al-Hakim menilai hadith ini sebagai sahih.
Telah sabit di dalam hadith yang sahih melalui riwayat Abu Zar menyatakan Air zam-zam mengenyangkan sebagaimana memakan makanan, dan penyembuh kepada penyakit.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon