Air, tanah dan pakaian tidak menjadi junub

TEKS BAHASA ARAB

ليس على الماء جنابة، ولا على الآرض جنابة، ولا على الثوب جنابة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Air tidak menjadi junub, tanah juga tidak menjadi junub dan pakaian juga tidak menjadi junub.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1226 – 1227, hadis nombor 6242. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ليس على الماء جنابة، ولا على الآرض جنابة، ولا على الثوب جنابة.
[قط، ((الضعيفة)) (6587)].

(Munkar)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Air tidak menjadi junub, tanah juga tidak menjadi junub dan pakaian juga tidak menjadi junub.
[Riwayat al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6587].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs