Air mani yang terkena pakaian

TEKS BAHASA ARAB

سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن المني يصيب الثوب؟ قال: إنما هو بمنزلة المخاط والبزاق، وإنما يكفيك أن تمسحه بخرقة، أو إذخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW pernah ditanya berkenaan air mani yang terkena pakaian? Jawab Baginda: Ia hanyalah seperti hingus dan air liur. Memadai bagi kamu menyapunya menggunakan cebisan kain atau sehelai rumput.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1191, hadis nombor 6033. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر مرفوعا)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن المني يصيب الثوب؟ قال: إنما هو بمنزلة المخاط والبزاق، وإنما يكفيك أن تمسحه بخرقة، أو إذخرة.
[قط، هق، ((الضعيفة)) (948)]

(Munkar secara marfu’)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Nabi SAW pernah ditanya berkenaan air mani yang terkena pakaian? Jawab Baginda: Ia hanyalah seperti hingus dan air liur. Memadai bagi kamu menyapunya menggunakan cebisan kain atau sehelai rumput.
[Riwayat al-Daraqutni dan al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 948]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs