Air mani akan berada dalam rahim selama 40 hari, lalu malaikat datang dan membawanya kepada Tuhan Yang Maha Perkasa

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن المني يمكث في الرحم أربعين ليلة، فيأتيه ملك النفوس، فيعرج به إلى الجبار. فيقول: يا رب عبدك ذكر أو أنثي؟ فيقضي الله ما هو قاض ثم يقول: يا رب أشقي أم سعيد؟ فيكتب ما هو لاق بين يديه، وتلا أبو ذر الراوي له: (وصوركم فأحسن صوركم) إلى (وإليه المصير).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya air mani akan berada dalam rahim selama 40 hari, lalu datang malaikat dan membawanya kepada Tuhan Yang Maha Perkasa(Al-Jabbar). Lalu dia berkata: Wahai tuhanku, hamba-Mu lelaki atau perempuan? Lalu Allah menetapkannya. Kemudian dia bertanya lagi: Wahai tuhanku adakah dia akan sengsara atau bahagia? Lalu dituliskan apa yang sudah ditetapkan di tangan-Nya. Lalu Abu Zar al-Ghifari membacakan ayat: (Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu) sehingga (dan kepada-Nya lah tempat kembali).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 451, hadis nombor 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

نسب في الدر المنثور إلى جماعة أخرجوه عن أبي ذر مرفوعا، عد منهم: ابن جرير، وهو في تفسير ابن جرير موقوفا عن أبي ذر، وفي سنده ابن لهيعة والمستنكر منه قوله (فيعرج به إلى الجبار) ، فقط، ومعناه بدونها ثابت في الصحيحين وغيرهما من حديث ابن مسعود بدون تعرض للآية.

Hadis ini dinisbahkan kepada jamaah (penulis kutub sittah) secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) daripada Abu Zar di dalam al-Durr al-Mantsur, juga sebilangan ulama lain antaranya: Ibn Jarir, di dalam Tafsir Ibn Jaris secara mauquf daripada Abu Zar, di dalam sanadnya terdapat Ibn Lahi’ah dan lafaz yang diingkari daripada hadis ini ( lalu datang malaikat dan membawanya kepada al-Jabbar) sahaja, makna hadis ini secara keseluruhan tanpa lafaz tersebut sabit dalam Sahihayn dan selainnya daripada hadis Ibn Mas’ud tanpa percanggahan.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs