Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إن المني يمكث في الرحم أربعين ليلة، فيأتيه ملك النفوس، فيعرج به إلى الجبار. فيقول: يا رب عبدك ذكر أو أنثي؟ فيقضي الله ما هو قاض ثم يقول: يا رب أشقي أم سعيد؟ فيكتب ما هو لاق بين يديه، وتلا أبو ذر الراوي له: (وصوركم فأحسن صوركم) إلى (وإليه المصير).
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesungguhnya air mani akan berada dalam rahim selama 40 hari, lalu datang malaikat dan membawanya kepada Tuhan Yang Maha Perkasa(Al-Jabbar). Lalu dia berkata: Wahai tuhanku, hamba-Mu lelaki atau perempuan? Lalu Allah menetapkannya. Kemudian dia bertanya lagi: Wahai tuhanku adakah dia akan sengsara atau bahagia? Lalu dituliskan apa yang sudah ditetapkan di tangan-Nya. Lalu Abu Zar al-Ghifari membacakan ayat: (Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu) sehingga (dan kepada-Nya lah tempat kembali).
Sahabat Perawi
- Abu Zar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- ‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Mu‘allimi al-Yamānī (m.1386)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 451, hadis no. 26. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadis ini dinisbahkan kepada jamaah (penulis kutub sittah) secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW) daripada Abu Zar di dalam al-Durr al-Mantsur, juga sebilangan ulama lain antaranya: Ibn Jarir, di dalam Tafsir Ibn Jaris secara mauquf daripada Abu Zar, di dalam sanadnya terdapat Ibn Lahi'ah dan lafaz yang diingkari daripada hadis ini ( lalu datang malaikat dan membawanya kepada al-Jabbar) sahaja, makna hadis ini secara keseluruhan tanpa lafaz tersebut sabit dalam Sahihayn dan selainnya daripada hadis Ibn Mas'ud tanpa percanggahan.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman