Air laut tidak boleh digunakan untuk mandi janabah

TEKS BAHASA ARAB

قَوْلُ ابْنِ عَمْرٍو: ماء البحر لا يجزي مِنْ جَنَابَةٍ، وَلا يُتَوَضَّأُ مِنْهُ. لأَنَّ تَحْتَ الْبَحْرِ نَارًا، وَتَحْتَ النَّارِ بَحْرًا. حَتَّى عَدَّ سَبْعَةَ أَبْحُرٍ وَسَبْعَ نِيَارٍ.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Kata-kata Ibn ‘Amr (Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As): “Air laut tidak boleh digunakan untuk mandi janabah, tidak boleh berwudhu darinya, kerana bawah laut ada api, dan dibawah api ada laut”. Sehingga beliau mengira tujuh laut dan tujuh api.


STATUS

Batil


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 6, hadis nombor 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال الجوزقاني: باطل تفرد به محمد بن المهاجر، وكان يضع الحديث، واستدركه السيوطي بأنه أخرجه ابن أبي شيبة في مصنفه عنه بإسناد ليس فيه محمد بن المهاجر، وأخرجه أيضا البيهقي بإسناد ليس فيه المذكور، وأخرجه الديلمي عنه موقوفا.

Al-Jauzaqani berkata: Hadith ini batil, kerana Muhammad bin al-Muhajir berseorangan meriwayatkannya, beliau adalah seorang pereka hadith. al-Suyuti memberi komentar bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam Musannaf daripada Ibn ‘Amr tanpa perawi bernama Muhammad bin al-Muhajir, diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi dengan sanad tanpa nama perawi yang disebutkan diatas, al-Dailami juga turut meriwayatkan daripada Ibn ‘Amr secara Mauquf (terhenti kepada sahabat).


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs