Air itu tidak ada sesuatu pun yang boleh menajiskannya

TEKS BAHASA ARAB

إن الماء لا ينجسه شيء، إلا ما غلب على ريحه، وطعمه، ولونه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang boleh menajiskannya kecuali sesuatu yang mengatasi bau asal air, rasa dan warnanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1203, hadis nombor 6110. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الماء لا ينجسه شيء، إلا ما غلب على ريحه، وطعمه، ولونه.
[هـ، قط، ((الضعيفة)) (2644)]

(Lemah)
Daripada Abi Umamah al-Bahili RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang boleh menajiskannya kecuali sesuatu yang mengatasi bau asal air, rasa dan warnanya.
[Riwayat Ibn Majah dan al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2644]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs