Air hujan dan angin dapat menyucikan kotoran pada tempat solat

TEKS BAHASA ARAB

سئل ابن عمر رضي الله عنهما عن الحيطان يكون فيها العذرة، وأبوال الناس، وروث الدواب؟ قال: إذا سالت عليه الأمطار، وجففته الرياح؛ فلا بأس بالصلاة فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ibn ‘Umar RA pernah ditanya tentang dinding (kebun atau taman yang dikelilingi oleh dinding) yang terdapat padanya najis (kotoran), air kencing manusia, dan tahi binatang? Dia berkata: Jika hujan lalu di atasnya, dan angin mengeringkannya; maka tidak mengapa untuk solat di dalamnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1217, hadis nombor 6196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن نافع رضي الله عنه، قال: سئل ابن عمر رضي الله عنهما عن الحيطان يكون فيها العذرة وأبوال الناس وروث الدواب؟ قال: إذا سالت عليه الأمطار، وجففته الرياح؛ فلا بأس بالصلاة فيه.
[طس، ((الضعيفة))، 5582]

(Lemah)
Daripada Nafi’ RA telah berkata, Ibn ‘Umar RA pernah ditanya tentang dinding (kebun atau taman yang dikelilingi oleh dinding) yang terdapat padanya najis (kotoran), air kencing manusia, dan tahi binatang? Dia berkata: Jika hujan lalu di atasnya, dan angin mengeringkannya; maka tidak mengapa untuk solat di dalamnya.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5582]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.