Ahli syurga memerlukan para ulama’ di syurga kerana mereka akan menziarahi Allah pada setiap hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

إن أهل الجنة ليحتاجون إلى العلماء في الجنة، وذلك أنهم يزورون الله في كل جمعة، فيقول: تمنوا علي ماشئتم، فيلتفتون إلى العلماء فيقولون: ماذا نتمنى على ربنا، فيقولون: كذا وكذا…

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ahli syurga memerlukan para ulama’ di syurga kerana mereka akan menziarahi Allah pada setiap hari Jumaat lalu Allah berkata: Mintalah apa sahaja yang kamu mahu, lalu mereka berpaling kepada ulama’ dan mereka berkata: Apa yang perlu kami minta daripada tuhan kami? Lalu para ulama’ berkata: Sekian sekian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 64-65, hadis nombor 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكر في الميزان: أنه موضوع.

Disebutkan dalam kitab (Al-Mizan) bahawa ia adalah palsu.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs