Batil

30/06/2024

minit bacaan



Ahli syurga itu muka mereka tidak berbulu

Teks Bahasa Arab

أهلُ الجنَّةِ جُردٌ إلَّا موسَى بنَ عمرانَ، فإنَّ له لحيةٌ إلى سرَّتِه.

Teks Bahasa Melayu

Ahli syurga itu muka mereka tidak berbulu kecuali Musa bin Imran. Dia mempunyai janggut sehingga lututnya.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 647, hadis no. 3348. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن جابر -رضي الله عنه - مرفوعاً: «أهل الجنة جرد إلا موسى بن عمران؛ فإن له لحية إلى سرته». [عق، عد، تمام، «الضعيفة» (704)].

(Batil) Daripada Jabir RA secara marfu’: “Ahli syurga itu muka mereka tidak berbulu kecuali Musa bin Imran. Dia mempunyai janggut sehingga lututnya.” [Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhuafa’ al-Kabir, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, al-Razi dalam Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 704]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.