Ahli Syam merupakan cemeti Allah di bumi-Nya

TEKS BAHASA ARAB

أهل الشام سوط الله في أرضه ينتقم بهم ممن يشاء من عباده، وحرام على منافقيهم أن يظهروا على مؤمنيهم، ولا يموتوا إلا غما وهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ahli Syam merupakan cemeti Allah di bumi-Nya. Dia akan membalas dendam melalui mereka kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dalam kalangan hamba-hamba-Nya. Haram ke atas orang munafik mereka untuk menguasai orang yang beriman dalam kalangan mereka dan mereka tidak akan mati melainkan dalam keadaan dukacita dan kesusahan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1780, hadis nombor 8952. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن خريم بن فاتك الأسدي صاحب رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((أهل الشام سوط الله في أرضه ينتقم بهم ممن يشاء من عباده، وحرام على منافقيهم أن يظهروا على مؤمنيهم، ولا يموتوا إلا غما وهما)). [طب، ((الضعيفة)) (13)]

(Lemah)
Daripada Khuraim bin Fātik al-Asadī yang merupakan sahabat Rasulullah SAW bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: Ahli Syam merupakan cemeti Allah di bumi-Nya. Dia akan membalas dendam melalui mereka kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dalam kalangan hamba-hamba-Nya. Haram ke atas orang munafik mereka untuk menguasai orang yang beriman dalam kalangan mereka dan mereka tidak akan mati melainkan dalam keadaan dukacita dan kesusahan.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 13]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs