Ahli perkuburan Asqalan akan diarak ke syurga

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أهل مقبرة عسقلان يزفون إلى الجنة كما تزف العروس إلى زوجها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Ahli perkuburan Asqalan akan diarak ke syurga seperti mana pengantin diarak menuju pasangannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 429-431, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رَوَاهُ ابْنُ عَدِيٍّ عَنِ ابْنِ عمر، وفي إسناده: بشير بن ميمون، وليس بشيء. وقد رواه ابن حبان من وجه آخر، وفي إسناده: حمزة بن أبي حمزة، وهو وضاع.
وقد روى أحمد في المسند من حديث أنس مرفوعًا: عسقلان أحد العروسين، يبعث الله منها يوم القيامة سبعين ألفًا لا حساب عليهم. ويبعث منها خمسون ألف شهيد وفود إلى الله، وبها صفوف الشهداء، رءوسهم مقطعة في أيديهم، تثج أوداجهم دما يقولون: (ربنا وآتنا ما وعدتنا على رسلك ولا تخزنا يوم القيامة إنك لا تخلف الميعاد) فيقول: صدق عبيدي، اغسلوهم بنهر البيضة فيخرجون منه أنقياء بيضا، فيسرحون في الجنة حيث شاءوا. هذا الحديث أورده ابن الجوزي في الموضوعات. وقال في إسناده: أبو عقال. هلال بن زيد، يروي عن أنس أشياء موضوعة.
وقال ابن حجر، في القول المسدد. وهذا الحديث في فضائل الأعمال والتحريض على الرباط، وما يحيله الشرع ولا العقل. فالحكم عليه بالبطلان بمجرد كونه من رواية أبي عقال لا يتجه.وطريق الإمام أحمد معروفة في التسامح، في أحاديث الفضائل دون أحاديث الأحكام. هذا كلامه،
ولا يخفاك أن هذه مراوغة من الحافظ ابن حجر، وخروج من الإنصاف. فإن كون الحديث في فضائل الأعمال، وكون طريقة أحمد رحمه الله معروفة في التسامح في أحاديث الفضائل: لا يوجب كون الحديث صحيحًا ولا حسنا، ولا يقدح في كلام من قال في إسناده وضاع. ولا يستلزم صدق ما كان كذبًا وصحة ما كان باطلًا. فإن كان ابن حجر يسلم أن أبا عقال يروي الموضوعات. فالحق ما قاله ابن الجوزي، وإن كان ينكر ذلك. فكان الأولى به التصريح بالإنكار والقدح في دعوى ان الجوزي
ثم ذكر ابن حجر بعد كلامه السابق: أن لهذا الحديث شاهدًا من حديث ابن عمر، وذكر الحديث المتقدم، وليس فيه سوى بشير بن ميمون ضعيف . وله شاهد أخرجه أبو يعلي عن عبد الله بن بحينة أنه صلى الله عليه وآله وسلم على تلك المقبرة. فسألوا بعض أزواجه فسألته. فقال: هي مقبرة أهل عسقلان.
وله شاهد آخر. ذكره الدولابي، في الكنى، عن سعيد بن جبير، عن ابن عباس مرفوعاً، يبعثب بمقبرة عسقلان سبعون ألف شهيد، يشفع كل منهم بعدد ربيعة ومصر . وروى سعيد بن منصور مرسلًا عن عطاء الخراساني. قال: بلغني أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وآله وسلم قال: رحم الله أهل المقبرة _ ثلاث مرات. فسئل عن ذلك. فقال: تلك مقبرة تكون بعسقلان , وروى نحوه: عبد الرزاق في مصنفة، عن عائشة مرفوعًا وقد روى ابن النجار، عن أنس مرفوعًا . والطبراني عن ابن عباس مرفوعًا في فضل رباط عسقلان.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Ibn Umar. Dalam sanadnya ada Basyir bin Maimun, laisa bisyai’. Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari sanad lain. Dalam sanadnya ada Hamzah bin Abi Hamzah, seorang pemalsu hadis.
Imam Ahmad meriwayatkan dalam musnad dari hadis Anas secara marfu’: Asqalan adalah salah seorang pengantin, Allah akan membangkitkan darinya pada hari kiamat 70,000 orang yang tidak akan dihisab. Dibangkitkan darinya 50,000 orang syahid menuju kepda Allah, padanya ada saf-saf para syuhada, kepala mereka terputus dan berada di tangan mereka, tekak mereka berlumuran darah seraya berkata: “Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu, dan janganlah engkau hinakan kami pada hari kiamat, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."
Ibn Hajar berkata dalam al-Qaul Musaddad. Hadis ini adalah dalam Fadhail al-A’mal (Kelebihan-Kelebihan Amalan) dan galakan melakukan ribat (menjaga perbatasan) dan apa yang dibolehkan syara’ dan bukannya akal. Maka menilai ia sebagai batil hanya kerana ia adalah riwayat Abi Iqal adalah tidak berasas.
Imam Ahmad dikenali sebagai seorang yang longgar dalam menerima hadis-hadis Fadhail, kecuali hadis-hadis ahkam. Ini adalah perkataannya. Tidak asing lagi bagi kamu bahawa ini adalah satu helah daripada al-Hafiz Ibn Hajar dan keluar dari menilai dengan adil. Walaupun hadis ini dalam bab Fadhail al-A’mal dan Imam Ahmad longgar dalam hadis-hadis Fadhail, ini tidak bermakna hadis ini sahih ataupun hasan. Begitu juga tidak dikritik pendapat yang mengatakan dalam sanadnya ada pemalsu hadis.Ini tidak bermakna menjadikan apa yang dusta sebagai benar atau menjadikan yang batil itu sahih. Ibn Hajar mengatakan bahawa Abi Iqal meriwayatkan hadis-hadis palsu. Kebenaran memihak kepada Ibn al-Jauzi, walaupun ada yang menyanggahnya. Justeru apa yang utama adalah menyanggah apa yang dikatakan oleh Ibn al-Jauzi secara jelas.
Kemudian Ibn Hajar menyebut selepas perkataan tadi: Hadis ini mempunyai riwayat sokongan daripada hadis Ibn Umar, serta dia menyebutkan hadis yang tadi. Padanya tidak ada perawi yang dhaif kecuali Basyir bin Maimun.
Ia mempunyai riwayat sokongan yang lain seperti yang disebutkan oleh al-Dulabi dalam al-Kuna daripada Said bin Jubair daripada Ibn Abbas secara marfu’ mengenai dibangkitkan daripada perkuburan Asqalan 70,000 orang syuhada’. Setiap dari mereka memberikan syafaat sebanyak Rabiah dan Mesir.
Said bin Mansur meriwayatkan dari Ata’ al-Khurasani. Dia berkata: Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah sallalahu alaihi wasallam berkata: Allah merahmati ahli perkuburan ini – sebanyak 3 kali. Lalu baginda ditanya berkenaannya. Baginda menjawab: ia adalah perkuburan di Asqalan. Abdurrazzaq juga meriwayatkan seumpama hadith ini dalam kitab beliau Al-Musannaf daripada ‘Aisyah secara marfu’. Ibn Al-Najjar meriwayatkan daripada Anas secara marfu’, al-Tabarani meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’ dalam bab kelebihan menjaga perbatasan Asqalan.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs