Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أَهْلُ مَقْبَرَةِ عَسْقَلانَ يُزَفُّونَ إِلَى الْجَنَّةِ كَمَا تُزَفُّ الْعَرُوسُ إِلَى زوجها
Teks Bahasa Melayu
Hadith : Ahli perkuburan Asqalan akan diarak ke syurga seperti mana pengantin diarak menuju pasangannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
- ‘Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 429-431, hadis no. 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Ibn Umar. Dalam sanadnya ada Basyir bin Maimun, laisa bisyai’. Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari sanad lain. Dalam sanadnya ada Hamzah bin Abi Hamzah, seorang pemalsu hadis. Imam Ahmad meriwayatkan dalam musnad dari hadis Anas secara marfu’: Asqalan adalah salah seorang pengantin, Allah akan membangkitkan darinya pada hari kiamat 70,000 orang yang tidak akan dihisab. Dibangkitkan darinya 50,000 orang syahid menuju kepda Allah, padanya ada saf-saf para syuhada, kepala mereka terputus dan berada di tangan mereka, tekak mereka berlumuran darah seraya berkata: “Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu, dan janganlah engkau hinakan kami pada hari kiamat, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." Ibn Hajar berkata dalam al-Qaul Musaddad. Hadis ini adalah dalam Fadhail al-A’mal (Kelebihan-Kelebihan Amalan) dan galakan melakukan ribat (menjaga perbatasan) dan apa yang dibolehkan syara’ dan bukannya akal. Maka menilai ia sebagai batil hanya kerana ia adalah riwayat Abi Iqal adalah tidak berasas. Imam Ahmad dikenali sebagai seorang yang longgar dalam menerima hadis-hadis Fadhail, kecuali hadis-hadis ahkam. Ini adalah perkataannya. Tidak asing lagi bagi kamu bahawa ini adalah satu helah daripada al-Hafiz Ibn Hajar dan keluar dari menilai dengan adil. Walaupun hadis ini dalam bab Fadhail al-A’mal dan Imam Ahmad longgar dalam hadis-hadis Fadhail, ini tidak bermakna hadis ini sahih ataupun hasan. Begitu juga tidak dikritik pendapat yang mengatakan dalam sanadnya ada pemalsu hadis.Ini tidak bermakna menjadikan apa yang dusta sebagai benar atau menjadikan yang batil itu sahih. Ibn Hajar mengatakan bahawa Abi Iqal meriwayatkan hadis-hadis palsu. Kebenaran memihak kepada Ibn al-Jauzi, walaupun ada yang menyanggahnya. Justeru apa yang utama adalah menyanggah apa yang dikatakan oleh Ibn al-Jauzi secara jelas. Kemudian Ibn Hajar menyebut selepas perkataan tadi: Hadis ini mempunyai riwayat sokongan daripada hadis Ibn Umar, serta dia menyebutkan hadis yang tadi. Padanya tidak ada perawi yang daif kecuali Basyir bin Maimun. Ia mempunyai riwayat sokongan yang lain seperti yang disebutkan oleh al-Dulabi dalam al-Kuna daripada Said bin Jubair daripada Ibn Abbas secara marfu’ mengenai dibangkitkan daripada perkuburan Asqalan 70,000 orang syuhada’. Setiap dari mereka memberikan syafaat sebanyak Rabiah dan Mesir. Said bin Mansur meriwayatkan dari Ata’ al-Khurasani. Dia berkata: Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah sallalahu alaihi wasallam berkata: Allah merahmati ahli perkuburan ini – sebanyak 3 kali. Lalu baginda ditanya berkenaannya. Baginda menjawab: ia adalah perkuburan di Asqalan. Abdurrazzaq juga meriwayatkan seumpama hadith ini dalam kitab beliau Al-Musannaf daripada 'Aisyah secara marfu'. Ibn Al-Najjar meriwayatkan daripada Anas secara marfu', al-Tabarani meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas secara marfu' dalam bab kelebihan menjaga perbatasan Asqalan.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman