Ahli neraka membesar di dalam neraka sehingga jarak antara cuping telinga salah seorang dari mereka sehingga bahu mereka adalah sepanjang 700 tahun

TEKS BAHASA ARAB

يعظم أهل النار في النار، حتى إن بين شحمة أذن أحدهم إلى عاتقه مسيرة سبعمائة عام، وإن غلظ جلده سبعون ذراعا، وإن ‌ضرسه مثل أحد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ahli neraka membesar di dalam neraka sehingga jarak antara cuping telinga salah seorang dari mereka sehingga bahu mereka adalah sepanjang 700 tahun. Kulit mereka menjadi tebal sehingga 70 hasta, geraham mereka adalah sebesar bukit Uhud.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 651, hadis nombor 3365. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – عن النبي صلى الله عليه وسلم: ((يعظم أهل النار في النار، حتى إن بين شحمة أذن أحدهم إلى عاتقه مسيرة سبعمائة عام، وإن غلظ جلده سبعون ذراعا، وإن ‌ضرسه مثل أحد)). [حم، ((الضعيفة)) (1323)]

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW: “Ahli neraka membesar di dalam neraka sehingga jarak antara cuping telinga salah seorang dari mereka sehingga bahu mereka adalah sepanjang 700 tahun. Kulit mereka menjadi tebal sehingga 70 hasta, geraham mereka adalah sebesar bukit Uhud.” [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1323]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs