Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَعْظُمُ أهلُ النارِ في النارِ، حتى إن بين شَحْمَةَ أُذُنِ أحدِهِم إلى عاتِقِه مَسِيرةَ سَبْعِمِائةِ عامٍ، وإن غِلَظَ جِلْدِهِ سبعونَ ذِرَاعًا، وإن ضِرْسَه مِثْلُ أُحُدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Ahli neraka membesar di dalam neraka sehingga jarak antara cuping telinga salah seorang dari mereka sehingga bahu mereka adalah sepanjang 700 tahun. Kulit mereka menjadi tebal sehingga 70 hasta, geraham mereka adalah sebesar bukit Uhud.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 651, hadis no. 3365. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - عن النبي صلى الله عليه وسلم: ((يعظم أهل النار في النار، حتى إن بين شحمة أذن أحدهم إلى عاتقه مسيرة سبعمائة عام، وإن غلظ جلده سبعون ذراعا، وإن ضرسه مثل أحد)). [حم، ((الضعيفة)) (1323)]
(Lemah) Daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW: “Ahli neraka membesar di dalam neraka sehingga jarak antara cuping telinga salah seorang dari mereka sehingga bahu mereka adalah sepanjang 700 tahun. Kulit mereka menjadi tebal sehingga 70 hasta, geraham mereka adalah sebesar bukit Uhud.” [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1323]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman