Ahli langit bergembira dengan berita pengislaman Umar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لما أسلم عمر أتاني جبريل فقال : قد استبشر أهل السماء بإسلام عمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail AS datang kepadaku lalu berkata: Ahli langit bergembira dengan berita pengislaman Umar.

STATUS

Terlalu lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1852, hadis nombor 9348. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((لما أسلم عمر أتاني جبريل فقال: قد استَبشَر أهل السماء بإسلام عمر)). [هـ، حب، ك، ابن شاهين في (السنة)، ((الضعيفة))، (4340)].

(Terlalu lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail AS datang kepadaku lalu berkata: Ahli langit bergembira dengan berita pengislaman Umar.”
[Riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Hakim dalam Mustadraknya, Ibn Shahin dalam Kitab al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4340]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.