Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لما أسلم عمرُ أتاني جبريلُ فقال : قد استَبشر أهلُ السماءِ بإسلامِ عمرَ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail AS datang kepadaku lalu berkata: Ahli langit bergembira dengan berita pengislaman Umar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin 'Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1852, hadis no. 9348. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((لما أسلم عمر أتاني جبريل فقال: قد استَبشَر أهل السماء بإسلام عمر)). [هـ، حب، ك، ابن شاهين في (السنة)، ((الضعيفة))، (4340)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail AS datang kepadaku lalu berkata: Ahli langit bergembira dengan berita pengislaman Umar.” [Riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Hakim dalam Mustadraknya, Ibn Shahin dalam Kitab al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4340]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman