Ahli keluargaku seperti bintang-bintang

TEKS BAHASA ARAB

أهل بيتي كالنجوم، بأيهم اقتديتم؛ اهتديتم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ahli keluargaku seperti bintang-bintang, sesiapa sahaja yang kalian ikuti (dari kalangan mereka) nescaya kalian akan mendapat petunjuk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1779, hadis nombor 8951. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن نبيط بن شريط مرفوعا: ((أهل بيتي كالنجوم، بأيهم اقتديتم؛ اهتديتم)). [أحمد بن نبيط الكذاب في ((نسخته))، ((الضعيفة)) (62)]

(Palsu)
Daripada Nubaiṭ bin Sharīṭ secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ahli keluargaku seperti bintang-bintang, sesiapa sahaja yang kalian ikuti (dari kalangan mereka) nescaya kalian akan mendapat petunjuk.
[Riwayat Aḥmad bin Nubaiṭ yang merupakan seorang pendusta dalam Nuskhahnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 62]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs