Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أهلُ بيتِي كالنجومِ، بأيِّهِمُ اقتديتُم؛ اهتدَيْتُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Ahli keluargaku seperti bintang-bintang, sesiapa sahaja yang kalian ikuti (dari kalangan mereka) nescaya kalian akan mendapat petunjuk.
Sahabat Perawi
- Nubaith bin Sharith
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1779, hadis no. 8951. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن نبيط بن شريط مرفوعا: ((أهل بيتي كالنجوم، بأيهم اقتديتم؛ اهتديتم)). [أحمد بن نبيط الكذاب في ((نسخته))، ((الضعيفة)) (62)]
(Palsu) Daripada Nubaiṭ bin Sharīṭ secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ahli keluargaku seperti bintang-bintang, sesiapa sahaja yang kalian ikuti (dari kalangan mereka) nescaya kalian akan mendapat petunjuk. [Riwayat Aḥmad bin Nubaiṭ yang merupakan seorang pendusta dalam Nuskhahnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 62]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman