Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
آلُ محمَّدٍ كلُّ تقيٍّ.
Teks Bahasa Melayu
Ahli keluarga Muhammad adalah semua yang bertaqwa.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1975, hadis no. 9879. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: «آل محمد كل تقي». [أبو بكر الشافعي في «الرباعيات»، أبو الشيخ في «عواليه»، تمام، الكلاباذي في «مفتاح المعاني»، عق، طص، «الضعيفة» (1304)].
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ahli keluarga Muhammad adalah semua yang bertaqwa. [Riwayat Abu Bakr al-Shafi‘iy dalam al-Ruba‘iyyat, Abu Sheukh dalam ‘Awalih, Tammam, al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma‘aniy, al-‘Uqailiy dalam al-Du‘afa’ dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1304].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman