TEKS BAHASA ARAB
أهل البدع شر الخلق والخليقة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ahli bidaah adalah seburuk-buruk makhluk dan ciptaan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1261, hadis nombor 6444. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: أهل البدع شر الخلق والخليقة.
[الخنلي الحربي في ((جزء من الأمالي))، حل، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3351)].
(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Ahli bidaah adalah seburuk-buruk makhluk dan ciptaan.
[Riwayat al-Khatli al-Harabi dalam Juz' min al-Amali, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3351]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.