Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أحبُّ أهلُ بَيْتِي إلَيَّ الحسنُ والْحُسَيْنُ.
Teks Bahasa Melayu
Ahli bait yang paling aku cintai ialah al-Hasan dan al-Husayn.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1800, hadis no. 9070. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: أحب أهل بيتي إلي الحسن والحسين. [تخ، ت، ((الضعيفة)) (1843)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Ahli bait yang paling aku cintai ialah al-Hasan dan al-Husayn." [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir dan al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1843]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman