Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Ahli al-A’raf: Satu golongan belum lagi masuk syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya

Teks Bahasa Arab

سُئِلَ رسول الله - صلى الله عليه وسلم - عَمَّنْ اِسْتَوَتْ حَسَنَاتُهُ وَسَيِّئَاتُهُ؟ فَقَالَ: أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْأَعْرَافِ {لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ}.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang mereka yang sama rata dalam kebaikan dan kejahatan yang mereka lakukan (di dunia)? Maka Baginda menjawab: Mereka adalah Ahli al-A’raf, sebagaimana dalam ayat: Sedang mereka sendiri belum lagi masuk syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 545, hadis no. 2853.

(منکر) عن جابر بن عبدالله - رضي الله عنهما -، قال: سئل رسول الله - صلى الله عليه وسلم - عمن استوت حسناته وسيئاته؟ فقال: ((أولئك أصحاب الأعراف {لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ})). [ابن مردویه، ((الضعيفة)) (6030)]

(Munkar) Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Rasulullah SAW pernah ditanya tentang mereka yang sama rata dalam kebaikan dan kejahatan yang mereka lakukan (di dunia)? Maka Baginda menjawab: Mereka adalah Ahli al-A’raf, sebagaimana dalam ayat: {Sedang mereka sendiri belum lagi masuk syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya}(Surah al-A'raf: ayat 46). [Riwayat Ibnu Mardawaih. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6030]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.