TEKS BAHASA ARAB
كذب النسابون، قال الله تعالى: {وقرونا بين ذلك كثيرا}.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ahli-ahli nasab telah berdusta, Allah Ta’ala berfirman: Dan banyak lagi dalam zaman-zaman di antara masa yang tersebut itu, [Surah al-Furqan ayat 38].
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1231, hadis nombor 6268. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: كذب النسابون، قال الله تعالى: {وقرونا بين ذلك كثيرا}.
[ابن سعد، ((الضعيفة)) (111)].
(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Nabi SAW bersabda: Ahli-ahli nasab telah berdusta, Allah Ta’ala berfirman: Dan banyak lagi dalam zaman-zaman di antara masa yang tersebut itu, [Surah al-Furqan ayat 38].
[Riwayat Ibn Sa‘id. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 111].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.